RSS Suria

Wanita puas hati adik kepada madu turut diduakan suami, anggap doa dimakbulkan – “Saya orang pertama tahu berita tu”

SEORANG wanita yang berstatus isteri pertama meluahkan rasa syukur kerana menganggap doa-doa terhadap mereka yang pernah mengkhianati dirinya dimakbulkan.

Selepas lima tahun hidup bermadu dengan rakan baiknya sendiri, wanita itu meluahkan kelegaan apabila adik perempuan kepada isteri kedua suaminya itu turut dimadukan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita yang sudah berumah tangga selama 12 tahun itu mengakui hakikat bahawa kifarah itu wujud.

Bukan semua wanita bersetuju hidup bermadu. -Gambar hiasanBukan semua wanita bersetuju hidup bermadu. -Gambar hiasan

“Saya sendiri mendapat berita beserta bukti bergambar yang adik perempuan bongsu isteri kedua suami telah dimadukan oleh suaminya tanpa pengetahuan dia dan ahli keluarganya.

"Allah pilih saya menjadi orang pertama yang tahu berita itu. Bahkan sebelum madu saya dan suami saya sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 7 bulan nikah, wanita giat cari madu demi tunai hasrat suami berpoligami… Percaya mampu adil, beri cukup nafkah

ARTIKEL BERKAITAN:Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami… Setuju poligami tapi bersyarat

Wanita itu turut mengimbas kembali saat paling sukar dalam hidupnya ketika mengetahui suami tersayang telah menikahi kawan baiknya secara diam-diam.

Katanya, ketika itu dia menangis dan berdoa agar diberikan keadilan dalam merasai kesakitan itu.

Aku doa mak tiri dapat madu. Ya, ayah aku kahwin lagi, mak tiri diam tak terkata.

NETIZEN

“Saya berdoa, berikan balasan tapi bukan kepada madu saya, sebaliknya apa yang saya rasa ini kepada orang yang paling madu saya sayang supaya dia rasa macam mana sakitnya,” katanya.

Dia turut memberikan kata-kata semangat kepada para isteri pertama yang pernah dikhianati supaya terus kuat dan tabah.

“Kifarah itu benar. Teruskan berdoa wahai isteri-isteri pertama yang sedang terluka. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri kekuatan kepada kita semua,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen terutama golongan wanita mereka turut mengakui kifarah itu wujud dan pernah melalui detik sama seperti wanita itu.

“Dulu mak mentua salahkan saya walaupun anak dia ada perempuan lain. Siap cakap saya tak cantik sebab tu anak dia cari lain.

“Lepas kami berpisah ayah mentua nikah lain, masa tu mak mentua macam tak betul, meroyan.

“Aku pula doa mak tiri aku dapat madu. Ya, ayah aku kahwin lagi, mak tiri aku diam tak terkata,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top