GAJI besar belum tentu menjamin kebahagiaan.
Maka tidak hairanlah seorang wanita sanggup melupakan gaji bulanannya yang mencecahlima angka demi kebahagiaan rumah tangga.
Membuat luahandi laman sosial, wanita berusia 26 tahunitu berkata dia mahu berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bidang minyak dan gas merupakan antara kerjaya pilihan ramai. -Gambar hiasan
“Gaji saya RM9,000, manakala suami pula peroleh RM14,000. Kami berdua kerja di syarikat luar negara dalam bidang minyak dan gas di Malaysia.
“Suami selalu kena travel, jadi saya selalu seorang di rumah,” katanya menerusi hantaran di laman X.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri bangga bergaji besar, sering mewahkan diri sendiri! Cuma kecewa tak dapat melancong sebab suami gaji kecil
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tua nak ‘rehat’, suami gaji RM28,000 dapat izin poligami… Malangnya tak jumpa calon nombor 2 – “Testosteron saya tinggi”
Bercerita lanjut, dia merancang untuk menjadi ibu yang tinggal di rumah (SAHM) selepas bersalin anak sulung.
Meskipun gajinya kini boleh dikatakan lumayan, namun wanita itu mempunyai alasan tersendiri untuk melupakan kerjayanya demi rumah tangga.
Saya dah tak kisah sangat pasal kerjaya sebab nak jadi isteri dan ibu ada masa dengan keluarga, tak seperti sekarang.
ISTERI
“Kenapa? Sebab saya rasa ‘jauh’ dari suami. Saya nak jaga suami dan anak.
“Saya nak makan malam dengan suami dan anak sekali. Pentingkan diri sendiri ke kalau saya minta macam tu?” soalnya.
Membasuh dan melipat pakaian menjadi tugas seorang suri rumah. -Gambar hiasan
Menurutnya lagi, dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab.
“Suami baik, dia jaga semua makan dan minum. Saya yang rasa bukan isteri yang baik sebab tak dapat ada dengan dia setiap masa,” ujarnya.
Bagaimanapun hasratnya untuk beralih kepada SAHM masih belum disuarakan kepada suami.
“Sebelum saya tanya, rasa-rasa suami bagi izin ke? Kami berdua ada kerjaya dan pendapatan yang stable.
“Tapi sejak kahwin ni, saya dah tak kisah sangat pasal kerjaya sebab nak jadi isteri dan ibu ada masa dengan keluarga, tak seperti sekarang,” katanya.