UMAT Islam wajib menunaikan solat lima waktu tanpa mengira tempat atau keadaan selagi cukup syaratnya.
Dalam satu hantaran di Thread, seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang enggan solat semasa mereka berada di gim.
Menurut wanita itu, rakannya memberi alasan berpeluh dan kotor sebagai sebab untuk meninggalkan kewajipan tersebut.
Solat merupakan kewajipan bagi umat Islam. -Gambar hiasan
“Ada satu ketika, aku pergi gim. Nak masuk waktu asar, aku ajak kawan solat sekali sebab ada tempat solat. Tapi dia kata tak selesa nak solat.
“Sebab berpeluh dan kotor katanya. Aku kata, peluh tu bukan najis. Keringkan, bersihkan apa yang patut dan solat saja. Tapi dia tetap kata tak selesa,” imbasnya.
Menurut pengadu, dia sedih mengenangkan alasan yang diberikan rakannya sehingga tumpah air mata ketika dalam perjalanan ke surau.
Status solat dalam keadaan berpeluh adalah sah kerana ia tidak dikira sebagai najis.
PEJABAT MUFTI SELANGOR
“Aku teruskan ke surau gim tu. Tapi dalam perjalanan ke surau tu, laju air mata ini turun. Aku rasa sedih sangat sebab dia tak solat.
“Semoga Allah kurniakan hidayah buat kawanku,” tulis wanita itu sambil menambah ia bukan kali pertama rakannya menggunakan alasan sama.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji tindakan wanita itu yang rajin mengingatkan rakannya tentang kewajipan agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sado tak hirau tanggapan ‘lelaki takut nak dekat’, angkat apa saja kalau tak pergi gym… tong gas pun boleh!
ARTIKEL BERKAITAN: Kos mahal sangat, lelaki ini buat sendiri gim, alat bersenam guna barang terpakai… sengaja tak letak bumbung sebab ada ‘sejarah hitam’
“Awak dah ingatkan dia cukup dah tu. Dah lepas tanggungjawab awak. Dia buat atau tak, bukan kerja kita lagi nak fikir.
“Tak apa, suatu hari pasti dia terbuka hati nak solat. Jangan sekali-kali herdik dia kerana tak solat. Saya pun bertahun tak solat sehinggalah saya mula sembahyang.
“Bawa sejadah sendiri kalau tak nak kotorkan sejadah gim dengan peluh, kadang sejadah gim berbau,” tulis netizen.
Bersenam di gim lebih selamat bagi kaum wanita. -Gambar hiasan AI
Sebagai peringatan dan pelajaran bersama, menurut laman web Mufti Selangor, status solat dalam keadaan berpeluh adalah sah kerana ia tidak dikira sebagai najis.
Sebaliknya, peluh dikategorikan sebagai kotoran sahaja.
Namun, dalam menjaga sahnya solat adalah disarankan supaya bersuci terlebih dahulu supaya ia tidak menganggu perlaksanaan solat dan kekhusyukan dalam ibadah tersebut.