RSS Suria

Wanita sedih majlis kahwin Melayu ikut acuan Barat… Tetamu wajib bagi hadiah, polisi tak boleh bawa anak

PERKAHWINAN masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan budaya dan adat yang diwarisi sejak dahulu lagi.

Seiring peredaran waktu, banyak tradisi mula dilupakan kerana pengantin mahukan majlis yang lebih ringkas, praktikal dan mengikut kemampuan masing-masing.

Seorang wanita di aplikasi Thread turut berkongsi pandangannya tentang majlis perkahwinan Melayu masa kini yang didakwa semakin menyerupai konsep dari negara Barat.

Sesetengah majlis juga meletakkan polisi agar tetamu tidak membawa anak. -Gambar hiasan AI

“Macam agak menyedihkan melihat majlis perkahwinan Melayu masa kini mula berubah mengikut budaya barat. Contohnya, kena sahkan kehadiran (RSVP).

“Mandatori (untuk tetamu) bagi hadiah kahwin, ada raptai makan malam, pengiring pengantin dan pembantu pengantin,” tulis wanita itu.

Antara lain, dia berkata segelintir majlis perkahwinan hari juga tidak membenarkan tetamu membawa kanak-kanak.

Macam agak menyedihkan melihat majlis perkahwinan Melayu masa kini mula berubah mengikut budaya barat.

PENGADU WANITA

Pandangan yang dilontarkan wanita itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah yang kurang bersetuju dengannya.

Menurut seorang individu yang bekerja dalam bidang pengurusan acara, dia melihat budaya Melayu masih lagi menebal dalam kebanyakan majlis perkahwinan hari ini.

“Kami dah uruskan banyak majlis kahwin Malaysia. Majlis sekarang kadang nampak kebaratan, tapi sebenarnya masih banyak adat Melayu dikekalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini majlis kahwin aku ke kau?" – Bakal pengantin bengang ‘dulang girls’ persoal warna baju ditetapkan

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu malu ditegur di majlis kahwin sebab bersolek kalah pengantin! Tujuan mekap tebal cuma nak tutup cela wajah

“Contohnya salam restu, batal air sembahyang dan selawat masuk dewan. Pasal polisi tak boleh bawa kanak-kanak pula, ia bukanlah sebab benci budak.

“Cuma ramai pengantin mahu majlis berjalan lancar. Mereka dah habiskan banyak duit untuk hari bersejarah itu. Jadi bila ada kes macam pelamin rosak, dekorasi patah sebab budak-budak main, sedih juga.

“Ibu bapa kadang-kadang tak perasan sebab mereka tengah enjoy acara. Jadi itulah sebab ia berlaku. RSVP pun penting sebab semua benda mahal. Kalau jemput 500, datang 700 orang, nanti jadi panik” tulisnya lagi.

Dekorasi pelamin boleh rosak akibat dilanggar kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Beberapa netizen pula berpendapat setiap pengantin bebas membuat ketetapan untuk majlis masing-masing kerana mereka yang perlu mengeluarkan bajet.

“Tiada masalah kalau kena RSVP. Tambah-tambah kalau pengantin buat majlis di hotel.

“Buat ringkas, kena kecam. Buat besar-besaran pun orang akan mengata. Buatlah apa yang terbaik untuk kamu.

“Suka hatilah itu majlis mereka. Nak sedih kenapa? Sekarang orang buat bajet per pax,” tulis netizen lagi.

Scroll to Top