RSS Suria

Wanita sedih mentua tak layan mak ayah masa open house, besan lain ‘title’ profesor diajak bergambar – “Panggil buat tak dengar”

SEAKAN-akansudah menjadi tradisi, ramai yang memilih menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi meraikan sahabat handai serta saudara mara yang jauh mahupun dekat untuk mengeratkan silaturrahim.

Tidak dinafikan, sebagai tuan rumah, semestinya mereka tidak menang tangan melayan tetamu dan memastikan majlis pada hari tersebut berjalan lancar.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa ketika menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan mentuanya baru-baru ini, gara-gara menganggap ibu dan bapanya tidak dilayan selayaknya sebagaibesan.

Rumah terbuka lazimnya diadakan untuk meraikan saudara mara atau sahabat handai dari jauh dan dekat. -Gambar hiasan

“Tak faham kenapa mentua nak jemput parents saya ke open house yang datang dari jauh tapi tak dilayan sangat pun.

“Mak saya dok panggil mak mentua untuk sembang, masa itulah (mak mentua) nak susun lauk hidangan. Dua tiga kali mak saya seru tapi mak mentua ignore buat tak dengar. Katanya sibuk,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah – “Biskut macam ni bagi itik jelah!”

ARTIKEL BERKAITAN:Mentua pilih bulu, lebihkan cucu lain siap belikan baju raya… Menantu wanita dah terasa hati, asyik disuruh jadi ‘photographer’ gambar famili

Bagaimanapun dakwa wanita itu, dia melihat sendiri bagaimana layanan yang berbeza diberikan mentuanya terhadap pasangan besan mereka yang lain.

“Sebenarnya saya amat terasa sebab besannya satu lagi, dia betul-betul sambut dan kenalkan pada tetamu lain. Besannya yang ini profesor, siap duduk bergambar sekali.

“Tapi parents saya tak dilayan macam tu. Kalau tak suka, tak selesa… janganlah jemput,” luahnya lagi.

Suruh makan kemudian suruh balik. Nak sembang, masa free-free bolehlah kot.

NETIZEN

Luahan wanita berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, namun rata-ratanya berpendapat dia dan ibu bapanya sewajarnya pandai menyesuaikan diri di majlis tersebut dan bukan menunggu untuk dilayan sahaja.

Open house memang busy sis, sampaikan tuan rumah baru nak jamah makan, dah kena panggil. Setiap tahun saya buat 400 orang datang. Memang tak terlayan.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

“Mak awak boleh je ringan-ringankan tangan tolong mana yang patut. Tentu mentua awak pun appreciate dan nampak kehadiran mak awak tu di majlis dia. Lepas makan minta diri, puji-puji sikit majlis dia. Itulah win, win namanya.

“Kenapa awak tak layan mak awak? Suruh makan kemudian suruh balik. Nak sembang, masa free-free bolehlah kot,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top