MENCARI bilik atau rumah sewa yang menepati kriteria serta cita rasa kita sememangnya tidak mudah.
Jika tidak berhati-hati atau teliti, silap hari bulan ia boleh menjadi pengalaman buruk atau berlaku sesuatu yang tak disangka-sangka.
Di laman sosial, seorang wanita berkongsi kisah tentang dirinya sewaktu mula-mula cuba berdikari dan mencari tempat tinggal sendiri, yang mana bilik yang mahu disewa bukan seperti yang dibayangkan.
Tangkap layar mesej yang dikongsikan wanita tersebut.
Mengimbas kembali kejadian beberapa tahun lalu itu, menurut wanita tersebut, segalanya bermula selepas dia menemui satu iklan bilik sewa lantas menghubungi pemilik rumah untuk berbincang lebih lanjut.
Menerusi perbincangan dalam aplikasi WhatsApp, tuan rumah berkenaan menunjukkan gambar bilik yang mahu disewakannya, berserta beberapa kemudahan lain yang disediakan kepada bakal penyewa.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sakit hati housemate sewa bilik paling kecil berlagak tuan rumah! Kawal semua ruang, siap keluar memo bayar bil
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar selera kayangan hias bilik sewa sampai 2K, desak roommate bayar separuh bila biasiswa masuk – "Tiba-tiba saya hutang dia 1K"
“Rumah lengkap cuma bilik tak ada aircond. Aircond dekat ruang tamu,” tulis tuan rumah sebagaimana tangkap layar mesej yang dikongsikan wanita tersebut dalam hantarannya.
Namun mesej seterusnya yang dihantar oleh tuan rumah ternyata membuatkan wanita tersebut serta merta membatalkan hasratnya untuk menyewa bilik berkenaan.
-
Wanita cari bilik sewa, tertarik dengan iklan yang disertakan gambar bilik dan kemudahan asas.
-
Tuan rumah maklumkan bahawa dia dan isteri tinggal di rumah sama, hanya satu bilik kosong untuk disewa.
-
Wanita itu terus rasa tidak selesa dan membatalkan hasrat menyewa secara baik.
-
Perkongsian tersebut tular dan menarik perhatian netizen yang turut kongsi pengalaman pelik semasa mencari bilik sewa.
-
Ramai yang menasihati agar lebih berhati-hati dan bertanya secara terperinci sebelum bersetuju menyewa.
“Abang duduk dengan isteri dekat rumah ni. Bilik satu tu kosong. Isteri minta sewakan untuk perempuan yang nak cari bilik sewa.
“Kalau berminat boleh datang tengok dulu,” tulis tuan rumah lagi sambil memberikan alamatnya.
Mengakui tergamam, wanita tersebut menolak pelawaan itu dan membalas mesej tersebut dengan baik.
Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman masing-masing, untuk dijadikan pengajaran bersama.
Sebahagian daripada komen netizen.
“Pergi view rumah sewa. Dah elok cantik. Tiba-tiba dia cakap, cuma nak bagitahu boyfriend saya selalu datang tau, tapi jangan risau dia selalu lepak dalam bilik saya je. Apakah???
“Pernah duduk sewa rumah macam ni. Tapi laki dia kerja askar. Balik kadang-kadang. Time laki dia balik, aku merayap tempat lain tidur rumah member.
“Dia nak sewakan bilik kecil dekat belakang rumah. Kalau nak masuk, kena lalu pintu belakang. Ingat aku bibik dia ke apa? Macam tu je buat duit!” demikian antara komen netizen.