BERKAHWIN dengan pasangan sekufu termasuk daripada segi pendidikan, dapat memudahkan persefahaman dan mengurangkan jurang pemikiran dalam membina rumah tangga yang harmoni.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita tampil berkongsi pandangan mengenai pentingnya mencari pasangan sekufu, berdasarkan pengalaman perkahwinannya sendiri.
Menurutnya, dia berasa tertipu selepas mendapati suaminya memperoleh keputusan corot dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak seperti yang dicanang keluarga mentua sebelum berkahwin.
Menuntut ilmu hingga menara gading menjadi idaman setiap individu. -Gambar hiasan AI
“Pak mentua siap kata suami sekolah budak-budak pandai. Sekali bila aku belek-belek fail sijil SPM suami aku, lima subjek (gred) D. Pandai ke macam tu?
“Apabila berborak, jadi stres sebab suami aku suka cakap terbalik. Contoh tadi dia nak cakap, dekat tanah banyak kaca, tapi dia sebut banyak cermin. Pelat ‘R’ pula tu,” katanya.
Tambahnya, masalah mula timbul apabila mereka sukar untuk berbincang secara matang kerana suaminya sering memberi jawapan yang tidak masuk akal dan sukar difahami.
ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial… Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ragu-ragu cinta wanita, persoal nasib pasangan tak sekufu pendidikan – "Boleh terima ke suami tiada kelulusan"
“Macam bersembang dengan orang bodoh. Lepas tu pemikiran jadi tak sekufu tau, apabila kau tengah menyembang pasal ni, dia akan respons macam budak tadika,” ujarnya.
Justeru, dia menasihati para gadis supaya memeriksa latar belakang pendidikan bakal suami bagi mengelak berdepan dengan situasi sama.
“Penting nak kahwin, periksa sijil pendidikan bakal suami. Kalau kau ada ijazah, lagilah jangan kahwin dengan lelaki yang ada SPM.
“Nanti apa yang kau cakap ikut logik, suami kau akan bantah, kononnya dia suami. Dia cakap bodoh macam mana pun kau kena taat tapi pendapat dia selalu bodoh. Dengarlah nasihat aku,” katanya.
- Wanita kongsi pengalaman bersuamikan lelaki tidak sekufu dari segi pendidikan dan memperoleh keputusan corot dalam SPM.
- Suami sering cakap terbalik dan tak matang bila berbual, membuatkan isteri stres.
- Sehari sebelum nikah, suami mengaku ada hutang ah long.
- Perkahwinan jadi tak sekufu sebab berbeza tahap pendidikan dan cara berfikir.
- Isteri terlintas untuk bercerai tapi bimbang soal penjagaan anak.
Menjawab soalan netizen mengapa dia mengahwini lelaki terbabit, wanita itu mendakwa segalanya sudah terlambat kerana persiapan perkahwinan sudah dibuat.
“Nak lari mana la…sehari sebelum nikah pun dah kena tipu, cakap hutang ah long. Adoi… goodies, khemah semua dah sedia.
“Sekarang nak cerai, tengah fikir anak nak letak mana pula. Dulu tak nak anak sebab tengok perangai dia macam syaitan.
“Tapi apabila umur dah 32, saya beri peluang, harap dia berubah. Tapi tak juga,” katanya kesal.
Sebahagian reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Rata-rata warga maya mengakui kebenaran luahan wanita tersebut mengenai kepentingan mencari pasangan yang berpendidikan.
“Hidup dengan lelaki bodoh ni, asyik nak ulang benda sama, suka play victim sedangkan diri tu dah salah. Lama-lama kita yang penat.
“Saya dengan bekas suami memang tak sekufu dari segi akal fikiran. Jauh beza laki yang ada ilmu pendidikan.
“Contoh suami menari tergedik-gedik dekat TikTok dengan betina entah apa-apa. Bila ditegur dia kata tak salah, bukan buat jenayah,” katanya.