SETIAP wanita melalui pengalaman berbeza ketika hamil termasuklah dari segi alahan.
Bagi yang disahkan mempunyai pelbagai risiko komplikasi kehamilan, klinik kesihatan (KK) mahupun hospital sering menjadi ‘rumah kedua’ kerana perlu menjalani rutin pemeriksaan berkaitan masalah dialami secara berkala.
Tempoh menunggu bagi membuat pemeriksaan atau mendapatkan rawatan pula mengambil masa yang lama disebabkan jumlah pesakit ramai justeru wanita hamil perlu bersedia mental dan fizikal.
Di media sosial, tular hantaran seorang wanita, seolah-olah menyindir ibu hamil yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.
Posting wanita ini mengundang kecaman warga maya terutama ibu hamil.
“Macamlah aku ni bodoh tak pernah periksa anak di KK. Sekejap je pun, bukan seharian dekat KK tu… dengan aku, kau tak payah gula-gulakan,” tulisnya di media sosial tanpa dapat dipastikan punca posting itu dibuat.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya khususnya golongan wanita hamil dan para ibu yang pernah mendapatkan rawatan di KK.
Meskipun individu itu telah memadam posting yang dibuat, seorang netizen berkongsi semua hantaran itu gara-gara geram dengan sindiran berkenaan yang mana dia juga pernah melalui fasa sukar sepanjang kehamilan.
“Nak komen pasal posting ni, masa saya hamil anak kedua, saya banyak sangat masuk kerja lambat sebab temujanji KK dan dari pagi sampai tengah hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak tolong isteri hamil sidai baju, emaknya muncul marah-marah – “Bagus la buat kerja, biar dibodoh-bodohkan bini”
ARTIKEL BERKAITAN: “Kau yang gatal nak bunting” – Lelaki herdik wanita hamil, bengang diminta kosongkan tempat duduk dalam MRT
“Kemudian sambung pemeriksaan pukul 2 untuk jumpa doktor sebab banyak komplikasi. Masa tu orang pejabat cakap ‘saya pun pernah check-up KK, pekerja lain pun’.
“Ujian yang kita semua lalui sama ke? Masalah sepanjang kehamilan semua sama ke?” dia mengajukan pertanyaan kepada warga maya.
Mengimbau peristiwa sedih itu, ujarnya, demi menjaga hati segelintir individu di pejabat kerana sering masuk lambat, dia tidak mengikuti setiap temu janji yang diberikan.
Disebabkan tindakannya itu, dia mengalami masalah tahap hemoglobin (Hb) rendah dalam darah.
Check-up memang sekejap je pun. Tapi nak menunggu giliran tu yang lama, kalau tak ambil masa berjam… bukan KK namanya.
WARGA MAYA
“Hb saya rendah tapi saya langkau temujanji sampaikan kena tahan wad sebab masalah kesihatan memberi kesan pada kandungan,” luahnya lagi.
Justeru dia menyeru semua pihak termasuk golongan wanita atau para ibu yang tidak mempunyai sebarang risiko semasa proses kehamilan untuk membuang mentaliti negatif itu.
“Tolong buang mentaliti bodoh macam ni. Ramai ibu pergi KK tapi masalah yang dialami tidak sama.
“Ada yang duduk dari pagi sampai petang, ada yang kena datang dua atau tiga kali dalam sehari,” tambahnya.
Warga maya berkongsi pengalaman ketika mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut geram dengan wanita yang membuat posting asal tersebut.
“Saya pun terkena… temujanji anak sebab berat tak naik. Orang HR (sumber manusia) tu sound sambil berjalan ‘you bagi makan apa sampai selalu kena ulang klinik… orang lain pun ada anak tapi tak ada pun kerap sakit’.
“Saya masa awal pregnant yang tak ada masalah apa, temujanji masih juga lama dari pagi sampai tengah hari. Apatah pula bila dah ada masalah macam Hb rendah, sangkut kencing manis… lagilah lama prosesnya.
“Check-up memang sekejap je pun. Tapi nak menunggu giliran tu yang lama, kalau tak ambil masa berjam… bukan KK namanya.
“KK tempat saya memang seharian ya, sebab tu menyampah, terus rasa tak mahu hamil dah,” demikian pandangan dan pengalaman warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube