SEORANG perempuan pastinya akan sama-sama melindungi dan menghormati maruah kaum Hawa di sekeliling mereka.
Namun, seperti kata pujangga rambut sama hitam, hati lain-lain, ragam manusia yang pelbagai boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar batas.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menyatakan rasa jijik dengan kata-kata penyelianya di pejabat.
Keyakinan diri seseorang boleh lebur kerana pandangan yang tidak bertimbang rasa. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, penyelianya secara terbuka berbicara tentang bentuk tubuhnya dengan mengatakan ia tidak memenuhi ‘piawaian’ kebanyakan perempuan.
“Saya rasa macam maruah saya jatuh tadi. Bos perempuan sengaja malukan saya di depan staf yang lain. Dalam kalangan staf itu ada lelaki dan juga wanita.
“Dia cakap begini… awak ni dah la punggung leseh. Saya pada mulanya tak faham apa yang dimaksudkan. Kemudian ada staf tanya… apa itu leseh? Jadi bos saya pun terangkan, ia bermaksud macam saya tiada punggung sebab terlalu ‘rata’ atau leper.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video
ARTIKEL BERKAITAN: Budak ‘intern’ balik tanya mak, tak faham senior pejabat sembang guna kiasan makanan… Rasa jijik rupanya cerita alat sulit!
“Saya tergamam apabila dengar begitu, tak mampu nak berkata-kata. Saya berdiam diri, mulut sebab mengenangkan dia bos saya. Tapi dalam hati saya ni memang sedih.
“Ingat dah masuk tahun baharu 2025 ni saya berupaya untuk pertahankan diri dalam situasi begitu, tapi masih sama macam dulu, saya hanya kaku,” ujarnya kecewa.
Saya rasa macam maruah saya jatuh… bos perempuan sengaja malukan saya di depan staf yang lain.
PENGADU
Walau bagaimanapun, wanita itu memanjatkan doa kepada Tuhan supaya insiden yang berlaku itu dapat diadili dengan sewajarnya.
“Saya tak akan semudah itu lepaskan, saya berdoa… Ya Allah, Kau tolong ‘selesaikan’ dia, sesungguhnya aku berserah kepada Kau sahaja,” katanya dengan hati yang membara.
Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat yakin hajat wanita tersebut selaku orang yang teraniaya akan dimakbulkan.
Pelayar bertukar pandangan.
“Dunia ini ada kifarahnya, setiap apa yang kita lakukan kalau menyakiti orang lain, pasti akan berbalik semula kepada kita, cuma cepat atau lambat je.
“Bekas bos dulu pun macam tu, suka kaitkan saiz badan saya dengan pelbagai ramalan. Katanya sebab badan saya besar, itu jodoh susah nak melekat. Saya terus buat laporan dekat pengurusan sumber manusia.
“Saya aminkan doa awak. Semoga bos tu jatuh terduduk suatu hari nanti, hilang segala-galanya dan ketika itu baru dia teringat semula tentang momen ni,” demikian kata pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube