RSS Suria

Wanita terjerat ‘game’ kotor ibu mentua, jadi bahan umpatan dan fitnah hari kenduri… Suami tak selidik terus nak cerai!

KISAH mentua tidak menyukai menantu bukan perkara baharu dan ia terus diperkatakan masyarakat secara terbuka di media sosial.

Seorang wanita mengimbau kembali kenangan 11 tahun lalu apabila dia hampir diceraikan suami gara-gara ibu mentuanya.

Cerita wanita itu dia mula menyedari ibu mentuannya tidak menyukainya ketikamengadakan majlis kenduri.

Suami perlu bijak menangani ibu tidak menyukai isteri. -Gambar hiasanSuami perlu bijak menangani isu ibu sendiri tidak menyukai menantu. -Gambar hiasan

“Lepas balik kerja malam tu, aku tolong potong bawang, aku masak gulai ikan untuk orang yang datang buat kerja. Kemudian aku tanya mak mentua, ada nak buat apa lagi. Dia cakap… pi la tidur.

“Aku pun tidur, waktu ni dah pukul 12 tengah hari. Pukul 4 petang aku nak pergi kerja.Aku perasan suami aku masam muka. Aku ingat sebab dia letih tapi ada undang di sebalik batu.

“Lepas kenduri mak saudara suami yang baik dengan aku beritahu mentua mengumpat aku,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Selesai urusan cerai, ibu mentua enggan salam menantu di mahkamah – “Dia alih muka, peluk tubuh”

ARTIKEL BERKAITAN:Mentua suka hati terjah rumah, buat macam hotel… Wanita salahkan suami sebab baik hati bagi kunci, tiada lagi privasi

Katanya, bukan sahaja ibumentua, malah kakak iparnya turut mengumpatnya di hadapan ibu saudara dengan mengatanya dia seorang menantu yang pemalas.

“Mak mentua aku ni sejenis yangbaik depan, tapi belakang dia memang suka mengata. Lepas dah tau tu aku diam…aku tak cakap apa-apa pada suami.

“Suami diam diri. Balik ke rumah maknya tiga hari, telefon dan mesej tak berjawab. Lepas tu dia beritahu nak bercerai. Lepas tu suami cakap dia malu aku tak bantu langsung.

“Aku cakap apa yang aku buat padahari kenduri. Suami diam. Aku ceritakan yang mak suruh aku tidur. Aku suruh dia pulangkan aku kepada ayah aku,” katanya.

Buat mak mentua, dah 15 tahun saya jadi menantu, saya minta maaf kalau banyak kekurangan.

PENGADU

Tambah wanita itu, suaminya berkata tidak tahu isterinya itu ada membantu dan kemudiannya dia memohon maaf.

“Suami menangis merayu minta aku bagi peluang pada dia. Aku ni bukan sesiapa, hanyalah isteri yang bantu bayar pinjaman dia, kereta dia semasa dia sambung belajar.

“Suami aku masih minta maaf. Fikirkan anak-anak, aku bagi peluang. Alhamdulillah suami aku berubah,” katanya.

Selepas insiden itu, suaminya terus mempertahankannya apabila ibu mentua dan kakak ipar mengutuk dan memfitnahnya.

“Aku pelik, kenapa suami tak boleh bantu isteri buat kerja rumah? Sedangkan suami kak ipar akuyang masak, basuh baju, uruskan anak-anak dirumah.

“Kenapa apabila adik lelaki sendiri bantu isteri, kena cop takut bini dan isteri pemalas. Sedangkan aku juga berkerja bantu suami. Jadi apa salahnya suami aku bantu aku,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen.

Sehingga ke hari ini, wanita itu berkata dia hanya membiarkan ibu mentuanya dengan sikap suka mengumpat dan memfitnah.

“Aku masih hormati dia. Apa yang jadi pada dia, akulah yang pertama sampai. Bukan niat ambil hati tapi sekadar menghormati, dia ibu kepada suamiku.

“Aku layan dia sama seperti aku layan mak aku. Tak lebih dan tak kurang. Buat mak mentua, dah 15 tahun saya jadi menantu, saya minta maaf kalau banyak kekurangan,” katanya mengakhiri perkongsian.

Netizen memuji sikap sabar wanita itu yang masih bertahan dengan ibu mentuannya walaupun dihina dengan teruk.

“Baiknya awak, betul syurga itu untuk orang yang sabar. Semoga Allah balas segala kesabaran awak. Amin.

“Apabila kahwin dengan keluarga yang kurang didikan agama memang macam ni. Disuruh buat kerja jadi hamba keluarga suami,” katanya.

Scroll to Top