SEORANG wanita mendakwa dia berdepan tindakan undang-undang selepas menyebarkan aib ‘penyondol’ rumah tangganya.
Menerusi perkongsian di ruangan komen TikTok, wanita itu berkata dia disaman atas tuduhan memfitnah individu yang didakwa mengganggu perkahwinannya.
“Saya pernah sebarkan aib penyondol bekas suami saya. Saya buka fail dekat (mahkamah) syariah, dia kena denda dalam RM5,000 atau penjara setahun kalau tak dapat bayar.
Ramai isteri makan hati kerana sikap suami.-Gambar hiasan
“Masa tu saya rasa dah menang dah. Sekali surat sampai di rumah, dia saman fitnah saya balik dekat sivil. Siap pakai peguam,” dakwa wanita itu.
Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identitinya, dia terpaksa menjual tanah milik arwah bapanya selepas disaman wanita berkenaan.
Peristiwa itu juga menyebabkan dia sedar tindakan melulu disebabkan rasa marah akhirnya ‘memakan’ diri sendiri sehingga tergadai harta benda.
Saya tak fikir panjang, terus viralkan dia dekat media sosial.
ISTERI TERANIAYA
“Saya kena bayar dekat dia RM200,000 sebab dia kena buang kerja. Saya terpaksa jual tanah arwah ayah sebab nak bayar RM200,000 sekali dengan caj peguam dia RM35,000.
“Saya rasa terduduk. Masa tu baru saya sedar, saya tiada hak nak menghukum. Tapi hati masih sakit. Dah la suami kena rampas, kita pula kena bayar dia,” tulisnya.
Jelas wanita itu, si penyondol mengambil tindakan undang-undang selepas dia memuat naik fitnah mengenainya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes ‘abang wiring’! Nombor telefon ‘Bengkel’ rupanya skandal pasangan
ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu perempuan terlanjur dengan abang servis ‘wiring’, perbualan 18SX jatuh ke tangan isteri! – “Bagi saya peluang”
“Bukan saman malu tapi saman fitnah. Sebab saya sebarkan aibdia mengandung anak ex saya. Waktu tu dia ada suami. Silap saya sebab suami dia cerita dekat saya.
“Saya tak fikir panjang, terus viralkan dia dekat media sosial. Saya tak ada bukti anak yang dia gugurkan tu adalah anak suami saya,” tulisnya lagi.
Ekoran perkongsian wanita itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana melihat ia sebagai satu bentuk penganiayaan.
Isteri boleh mengalami tekanan emosi jika suami curang. -Gambar hiasan
Namun, ia juga dianggap sebagai satu peringatan untuk tidak membuat tindakan melulu dengan menyebarkan kisah tidak pasti di media sosial.
“Sebab tu kena bijak. Jangan biar rasa marah menguasai diri sebab Malaysia ada undang-undang.
“Harap isteri yang bercadang nak viral (penyondol) baca kisah ini.
“Tak sangka sampai macam ni. Dah dianiaya, tambah lagi. Double,” tulis netizen.