RSS Suria

Wanita terpaksa undur diri, tak tahan BF cakap bersembur air liur bersepah – “Rasa nak muntah, lencun muka”

HUBUNGAN antara pasangan boleh terputus disebabkan beberapa faktor.

Di laman sosial, seorang wanita berkongsi cerita mengenai punca dia berpisah dengan teman lelaki.

“Aku putus dengan seorang lelaki ni sebab air liur dia bersembur semasa cakap.

“Rasa perkara ni sangat luar biasapernah jadi pada aku,” luahnya.

Persepsi seseorang bergantung pada pertemuan pertama. -Gambar hiasan

Persepsi seseorang bergantung pada pertemuan pertama. -Gambar hiasan

Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, paling menjengkelkan apabila lelaki terbabit mendesak supaya menyatakan punca perpisahan.

Susulan itu, dia yang pada awalnya hanya mengakui tawar hati, menjelaskan rasa kurang selesa tentang tingkah laku lelaki terbabit.

“Aku memang tak boleh terima dan nak putus, dia tanya sebab apa dan aku hanya cakap tak ada hati.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 2 bulan cincin dipulangkan tanda putus, pemuda masih tak ‘move on’! Terus desak mak ayah bekas tunang bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN:Putus cinta selepas makwe hutang RM30,000, lelaki susun strategi dapatkan semula wang guna emas… Peguam bagi ‘lampu hijau’

“Tapi dia asyik desak, jadi aku cakap sebab air liur dia sembur muka,” ujarnya lagi.

Selepas menceritakan punca sebenar, dia tidak menyangka lelaki terbabit akan memberikan jawapan yangseolah-olah berbangga dengan ‘masalah’ dialami.

Tahniah awak jujur, harap lepas ni dia sedar tu bukan daya penarik dan cuba perbaiki diri.

WARGA MAYA

“Dia jawab itu daya penarik, bekas teman wanita dia pun tak pernah complaint. Diacakap juga itu membuatkan dia lain daripada oranglain.

“Aku rasa nak muntah, dia makin sengaja buat sembur-sembur macam tu… kalau bercakap memang boleh basah lencun muka,” tambahnya yang sebelum ini hanya berhubung menerusi telefon.

Antara komen warga maya yang mencuit hati.

Menurutnya lagi, susulan insiden yang berlaku pada pertemuan kali pertama, dia engganberjumpa buat kali kedua sehingga mengambil keputusan untuk berpisah.

Kisahnya itu mendapat pelbagai responsdaripada warga maya dan ada yang menganggapnya lucu.

Tidak kurang juga tampil berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir sama.

“Pernah jumpa masa makan, makanan tertinggal kat tepi bibir, kemudian dia angkat kepala… tahi hidung terkeluar. Sepanjang makan tu, nampak tahi hidung dia.

“Tahniah awak jujur dengan dia, harap lepas ni dia sedar tu bukan daya penarik dan cuba perbaiki diri.

“Dengar pun dah geli, apa lagi merasa percikan air liur tu.

“Tak tahu nak menagis ke gelak, nasiblah dah putus, kalau tak banjir muka,” demikian komen warga maya.

Scroll to Top