RSS Suria

Wanna Ali naik pelamin bulan depan, bakal disatukan dengan anak bekas Ketua Polis Negara

DESAS-DESUS mengatakan pelakon Wanna Ali bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat bakal menjadi kenyataan pada 9 Februari depan.

Wanita itu akan disatukan dengan ahli perniagaan muda berusia pertengahan 30-an yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Ya… Wanna dah nak kahwin dalam bulan depan. Majlis secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 700 tetamu terdekat,” kongsi ibu aktres itu yang juga produser Pencil Pictures, Datuk Ayu Puteh.

Wanna bertemu jodoh dengan anak bekas Ketua Polis Negara.

Wanna bertemu jodoh dengan anak bekas Ketua Polis Negara.

Menurut Ayu, majlis akad nikah Wanna atau Norsyazwana Mohd Ali, 28, dengan Khairil Amri akan di adakan di Glamm Hall, Damansara Petaling Jaya pada waktu pagi sementara resepsinya pada sebelah malam, lokasi yang sama.

Katanya, Wanna dan Khairil Amri hanya bekenalan beberapa bulan lalu melalui seorang teman sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk disatukan sebagai pasangan raja sehari.

“Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan dan bakal suami pun tak halang niat Wanna untuk terus berlakon selepas kahwin nanti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali tak jadi nikah, tiada persefahaman punca hubungan terlerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh mahu anak segera kahwin, tak gemar Wanna Ali terpalit gosip murahan

Sebelum ini, Ayu pernah mengeluarkan kenyataan berharap Wanna segera berkahwin susulan muncul pelbagai gossip tidak benar membabitkan anaknya itu.

Kata Ayu, dia kurang senang melihat Wanna terkait dengan kontroversi membabitkan artis lain sehingga menjejaskan imejnya.

Pada Oktober 2023, Wanna ketika ditemu bual mStar memberitahu pernah mempunyai rancangan untuk meninggalkan industri seni jika berkahwin namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila hubungan mereka putus di tengah jalan.

Pihak mStar cuba mendapatkan Wanna namun panggilan tidak dijawab mungkin berada di lokasi penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top