SETIAP isteri pasti mempunyai sifat melindungi atau dengan kata lain cemburu terhadap suaminya yang disayangi.
Antaranya cemburu dengan godaan wanita bermuka tembok di luar sana yang berani meruntuhkan rumah tangga.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsikan kisah menjengkelkan yang dilalui ketika dia dan suami singgah ke sebuah kedai minuman.
Rumah tangga yang berkekalan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, apabila mereka memasuki premis kedai berkenaan, dia melihat ramai golongan pelajar kolej yang sedang melepak.
“Saya tak terkejut pun kedai tu dipenuhi dengan student, sebab situ memang hotspot mereka. Jadi kisahnya, saya dan suami beli air seperti biasa, selesai semua, kami berjalan ke pintu keluar untuk pulang.
“Kemudian saya perasan ada sekumpulan pelajar perempuan ni sedang bersembang, salah seorang daripada mereka pandang ke arah suami. Ketika itu suami saya sedang dukung anak. Perempuan tu tak perasan saya tengah tengok dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyampah terpaksa tengok pasangan terlebih manja dalam LRT, berpeluk erat tanpa malu – “Kau rasa aku berminat ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Kerja pengasuh budak pun tak selamat, sering jadi sasaran si bapa miang, otak kuning – “Untung la, papa dulu makcik-makcik mengasuh”
“Selepas tenung suami, dia cakap sesuatu kepada kumpulannya, mulut dia terkumat kamit bergerak. Saya tak pasti perempuan tu cakap apa, tapi secara serentak seluruh kumpulannya pandang ke arah suami sambil tersenyum kambing, ada yang siap gigit jari.
“Woi betina, itu suami saya tau. Isteri dia dekat sebelah ni je. Miang sangat ke tengok laki orang? Suami tengah pegang anak pula tu, terang lagi bersuluh dia sudah berpunya. Geram sungguh kita ni, saya terus sergah mereka. Dah macam budak terencat,” imbasnya.
Entah-entah awak je yang perasan lebih, mungkin mereka tersenyum sebab tengok anak awak comel.
WARGA MAYA
Melewati ke ruangan komen, warga maya cuba memahami punca kumpulan pelajar perempuan itu tergila-gilakan suami wanita tersebut.
“Budak zaman sekarang ramai yang dahagakan kasih sayang, mungkin ayah dengan ibu di rumah dah bercerai-berai. Itu yang apabila nampak lelaki pandai jaga anak dan gentleman, mereka terus cair.
Pelayar bertukar pandangan.
“Pernah juga aku dekat kedai makan, siap dengar lagi perempuan tu cakap tentang suami aku macam ni… weh lelaki tu elok kan? Apa perasaan kita sebagai isteri apabila dengar benda sebegini, tercabar betul ego.
“Awak sepatutnya berasa bangga sebab berjaya memiliki lelaki yang menjadi dambaan majoriti wanita, biarkan mereka kempunan.
“Entah-entah awak je yang perasan lebih, mungkin mereka tersenyum sebab tengok anak awak comel. Kalau nak tahu, remaja zaman sekarang lebih ‘crush’ dengan lelaki Korea atau mat salih, tak pandang lelaki Melayu ni,” ujar pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube