RSS Suria

Yazmin Aziz sudah selidik ‘background’ kekasih

PENYANYI Yazmin Aziz tampil mempertahankan teman lelakinya yang merupakan pempengaruh Filipina tentang dakwaan mengabaikan anak serta pernah mendirikan rumah tangga.

Yazmin, 24, berkata sebagai kekasih dia terlebih dahulu sudah bertanya mengenai status sebenar Simon Joseph Javier sebelum meneruskan hubungan ke arah lebih serius.

“Itu semua hanya content. Dia tak pernah berkahwin dan saya sendiri minta dia tunjukkan dokumen sah status terkininya.

Yazmin dan Simon dalam fasa bahagia.

“Dakwaan abaikan anak itu pun sangat sensitif kerana sesiapa lelaki di Filipina berkahwin atau tidak, boleh masuk penjara jika mengabaikan anak. Mereka ada bukti ke pengabaian itu?

“Tapi saya rasa lebih baik tuan badan yang menjawab segala dakwaan netizen. Saya bukan orang yang sesuai untuk memberikan kenyataan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Yazmin, sekiranya dakwaan tersebut benar, individu yang mengaku sebagai isteri kepada teman lelakinya itu perlu mengambil tindakan undang-undang bukannya menjaja kisah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz temui cinta baharu, jatuh hati pada keperibadian kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dah putus dengan atlet bola keranjang, cinta jarak jauh punca hubungan berakhir

Jelasnya, ketika ini ramai pihak cuba mengambil kesempatan dengan menghasilkan pelbagai dakwaan tidak berasas berkaitan hubungannya bersama Simon.

“Kalau betul dia abaikan anak, bekas isteri patut buat laporan polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil. Kalau patut masuk penjara, biar undang-undang tentukan.

“Di Filipina, pencipta kandungan memang dapat banyak pendapatan daripada monetization. Jadi mereka akan cipta macam-macam kandungan untuk jadikan kontroversi. Simon juga sangat dikenali di sana,” luahnya.

Saya dapat pelbagai Direct Message yang meminta saya berhati-hati.

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

Dalam pada itu, Yazmin mengakui ada menerima pelbagai nasihat dan teguran berkenaan hubungannya bersama Simon malah dia menghargai mereka yang bimbang dengan keadaan dirinya.

Dia juga percaya tuduhan tidak berasas yang dilakukan netizen semata-mata ingin memberi gangguan kepada emosinya.

“Netizen cuma tahu bercakap dan mereka tidak tahu realiti sebenar kandungan yang dibuat.

Yazmin percaya ramai yang cuba pisahkan mereka.

“Saya dapat pelbagai DM (Direct Message) yang meminta saya berhati-hati, mungkin yang lantang di komen itu tak berani nak tegur depan-depan,” kongsinya.

Malah teman lelakinya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini,menerusi temu bual bersama mStar, Yazmin mengakui sedang hangat bercinta dengan Simon selepas berkenalan menerusi media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top