PENYANYI Yazmin Aziz kembali menemui cinta baharu apabila sedang menjalin hubungan asmara bersama pempengaruh media sosial dari Filipina.
Yazmin, 24, berkata perkenalan mereka bermula apabila Simon Joseph Javier menyedari video berdoa mencari jodoh yang dimuat naiknya di TikTok.
Kata Yazmin, selepas itu mereka mula berhubung menerusi media sosial dan menjadi semakin akrab.
“Semuanya bermula dengan video saya kat balkoni pada tahun baru. Saya buat kandungan komedi minta dapat jodoh tahun ini. Kalau tak dapat suami tak mengapa, tapi bagi teman lelaki ‘extra’ pun bolehlah.
Yazmin terbuka untuk kembali menjalinkan hubungan cinta.
“Simon nampak video itu dan ingat saya duduk di Filipina. Dia DM saya nak hantar ayam yang diusahakan keluarganya. Bila saya cakap saya dari Malaysia, dia kata kalau datang Manila nanti, dia nak belanja. Lepas itu kami selalu berborak di media sosial dan dia ada bertanya bila saya rancang ke Manila.
“Beberapa minggu kemudian, Simon muat naik Instastory cari orang nak bekerjasama di media sosial. Saya balas dan terima kolaborasi itu. Tak sangka perkenalan yang bermula untuk urusan kerja, kini jadi pasangan kekasih,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Yazmin memberitahu pada mulanya dia berhasrat untuk menyembunyikan hubungan tetapi memandangkan kedua-dua mereka merupakan pempengaruh, dia akhirnya terbuka untuk berkongsi secara umum.
ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dah putus dengan atlet bola keranjang, cinta jarak jauh punca hubungan berakhir
ARTIKEL BERKAITAN: Tarik diri ‘Famili Duo 4’, Yazmin Aziz percaya ada rezeki lain menanti… Tetap sokong Didi dan Thamiera
“Sejujurnya, saya memang niat nak simpan hal ini secara peribadi. Tapi lama-kelamaan, saya sedar tak ada beza pun sama ada orang tahu atau tidak.
“Kami berdua memang pembikin kandungan. Kami suka berkarya. Itu dah memang sebahagian daripada hidup kami. Kongsi momen secara online pun rasa macam simpan diari digital, boleh buat kenangan.
“Lagipun, soal jodoh, hanya Tuhan yang tahu. Kalau memang dah tertulis, kita takkan dapat elak. Kalau bukan, kita tak boleh paksa,” ujarnya.
“Will you be my girlfriend?” Random sangat tapi bagi saya, ia sangat romantis.
YAZMIN AZIZ
PENYANYI
Ditanya tentang keperibadian Simon yang berjaya menawan hati Yazmin, penyanyi lagu Pencuri Hati ini berkata dia terpikat dengan sikap penyayang yang dimiliki kekasih.
Kongsi Yazmin, dia juga tidak sangka dilamar sebagai kekasih dengan sebentuk cincin yang diidamkan sebelum ini.
“Bagi saya, bahasa cinta yang ditunjukkan Simon adalah daripada tindakannya sendiri. Paling penting, kami boleh berkomunikasi dengan baik dan dia sentiasa ada di waktu susah senang.
Yazmin jatuh cinta dengan sikap penyayang Simon (kiri).
“Masa kami keluar, saya ternampak cincin yang saya suka. Tapi saya tengah berjimat sebab baru beli barang lain. Rupanya, dia pergi beli cincin itu. Dia berlutut, keluarkan cincin kemudian melamar saya.
"Will you be my girlfriend? saya terkesima tapi bagi saya, ia sangat romantis,” katanya.
Pada Oktober tahun lalu, Yazmin mendedahkan kisah percintaannya dengan atlet bola keranjang Hong Kong sudah pun berakhir.
Kata Yazmin, hubungan jarak jauh menjadi salah satu punca mereka menamatkan ikatan cinta yang terjalin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube