PERTANDINGAN minggu keempat One In A Million (OIAM) menyaksikan dua peserta tersingkir pada malam Ahad.
Rezza Shah dan Alya Mardien yang mendapat markah tercorot terpaksa akur apabila persembahan masing-masing menerusi lagu Kembali Merindu, Seragam Hitam, Bukan Lagi Kita dan Jangan Mati Rasa Itu gagal mencuri perhatian juri.
Juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim menerusi komennya meluahkan rasa kecewa kerana memberikan imuniti kepada Rezza ketika tersingkir di minggu pertama.
Yusry (kiri) kecewa melihat persembahan Rezza pada konsert kali ini.
“Terus terang saya cakap, saya menyesal beri imuniti kepada awak. Peluang itu patutnya diberikan kepada peserta lain yang sudah tersingkir.
“Saya harap semua peserta harus menjaga disipilin, walaupun suara awak sedap tapi disiplin sangat penting,” katanya.y
Dalam pada itu, penyanyi Ziana Zain yang juga merupakan juri tetap OIAM turut kecewa melihat persembahan Rezza yang disifatkan tidak bertenaga.
ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan mendatar, giliran Dayangku Iffah dan Dr Hafiz Zainal tersingkir OIAM
ARTIKEL BERKAITAN: 4 peserta tersingkir minggu kedua OIAM, kisah bapa Marygrace dibunuh buat netizen mengalir air mata
“Apa jadi dengan awak? Semakin teruk. Juri juga dah ‘pecah kepala’ nak kena fikir.
“Awak menyanyi tak ada semangat, saya tidak dapat rasa persembahan awak. Tolong serius,” ujarnya.
Sementara itu, Jimi dinobatkan sebagai Peserta Terpaling Fizz selepas memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Senggol Senggolan dan Drama King untuk konsert minggu ini.
Malah Jimi diberi ganjaran bagi minggu hadapan untuk membuat persembahan bersama penyanyi Misha Omar.
Enam lagi peserta OIAM layak berentap untuk konsert kelima termasuk Jimi, Marygrace, Mariam, Kai Deva, Zazleen, dan Eylia Guntabid.
Jimi dinobatkan sebagai Peserta Terpaling Fizz.
Bertemakan ‘Senergi Muzik’ konsert minggu keempat turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu Mimifly dan Hael Hussaini.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
OIAM bersiaran langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam dan dihoskan oleh Haniff Hamzah serta Fiza Frizzy.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!