PELAKON dan model Zahnita Wilson berada dalam keadaan terlalu penat atau ‘burnout’ selepas namanya kembali hangat aoabila bekas rakan kongsinya iaitu Nur Hanisah tampil dengan pelbagai dakwaan mengenainya di media sosial.
Disebabkan perkara itu Zahnita, 40, berkata, dia memerlukan masa untuk berehat daripada perniagaan pai yang diusakan bagi mencari ketenangan.
“Saya berada di ambang keletihan yang terlalu penat (burnout).
Perkongsian Zahnita di Instagramnya.
“Saya letih dari segi mental, emosi dan fizikal, jadi izinkan saya untuk berehat.
“Saya akan kembali mengambil pesanan dalam masa satu minggu lagi, terima kasih banyak atas sokongan anda,” katanya.
Zahnita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.
Dalam hantaran lain, Zahnita mempelawa para media untuk hadir ke sebutan kes cerai dia dengan suami iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 18 April ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita pilih diam dakwaan bekas rakan kongsi, muat naik laporan kesihatan di IG
ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita tak pernah dipukul suami, bekas rakan kongsi dedah sikap sebenarnya
Menurut Zahnita terdapat tiga kes yang akan berjalan serentak iaitu melibatkan hadanah, interim injunksi dalam menghalang gangguan dan memulangkan barang peribadi.
Ini termasuk penyalahagunaan anak di media sosial serta lantikan hakam keluarga bagi kedua-dua belah pihak.
Zahnita juga akan menjawab segala persoalan media selepas selesai prosiding kes berkenaan di mahkamah.
Pada Jumaat, Zahnita berkongsi laporan kesihatan dikeluarkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan dipercayai itu sebagai respons kepada Hanisah yang mendakwa dia tidak pernah dikasari suaminya.
Saya letih dari segi mental, emosi dan fizikal, jadi izinkan saya untuk berehat.
ZAHNITA WILSON
PELAKON DAN MODEL
Menerusi hantaran berbeza, Zahnita turut berkongsi perbualan WhatsApp bersama peguam memaklumkan pihak pembelaan mahu memfailkan representasi menggugurkan atau meminda akta bagi tuduhan kes keganasan rumah tangga.
Kes itu akan disambung semula untuk proses dokumentasi pada 14 Mei 2025.
Sebelum ini, Hanisah mendedahkan sikap sebenar Zahnita yang didakwa sengaja mereka cerita berkaitan hal rumah tangga bersama suami iaitu Abdul Zackery.
Menurut Hanisah, kisah Zahnita dianiaya oleh suaminya adalah tidak benar.
Kes cerai Zahnita dan suami akan berlangsung pada 18 April ini.
Malah Hanisah juga menganggap Abdul Zackery adalah orang yang sentiasa memberi sokongan terhadap isteri.
Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
Pada 4 Disember 2024, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!