PELAKON Zainol Macwilson meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu aktres Zahirah Macwilson selamat menimang cahaya mata kedua pada 31 Mei lalu.
Kata Zainol atau Zainol Mohd Johari Macwilson, 66, dia tidak sabar untuk bertemu dengan Zahirah sekeluarga.
“Saya bersyukur memiliki Zahirah, menantu saya, Aiman dan cucu-cucu yang sangat comel,” katanya.
Zainol tidak sabar menunggu kepulangan anak menatunya yang kini berada di Perth.
“Tak sabar nak sambut kalian pulang!” katanya.
Zainol menulis perkara itu menerusi ruangan komen dalam satu hantaran yang dibuat oleh Zahirah di Instagram.
Zahirah selamat bersalin cahaya mata keduanya yang diberi nama Inara Raisa di Perth, Australia.
Dalam pada itu, Zainol sempat berpesan agar mereka sentiasa berwaspada dengan manusia berfikiran tosik.
ARTIKEL BERKAITAN: Zainol MacWilson Tipu Kahwin Atas Permintaan Keluarga Perempuan
ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson timang bayi perempuan, pilih nama Inara Raisa
“Sentiasa berhati-hati dan dengan orang toksik (mereka ada dimana-mana).
“Semoga Allah berkati kamu kak (Zahirah), Aiman dan dua cucu-cucu saya Amin,” ujarnya.
Untuk rekod, Zahirah merupakan anak sulung hasil perkahwinan di antara Zainol bersama Maslinda Yusof.
Pasangan itu bagaimanapun berecerai pada November 2016.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!