RSS Suria

Zarif Ghazzi geli bawa watak gay, yakin pengarah ‘Seribu Tahun’ dapat sampai mesej berguna

NAMPAK bersahaja tetapi sebenarnya pelakon Zarif Ghazzigeli apabila melakonkan watak sebagai seorang gay menerusi drama Seribu Tahun.

Bagaimanapun kata Zarif, 21, berkata, sepanjang penggambaran dia bersikap profesional dan mengetepikan perasaan sendiri demi menjayakan watak diberikan.

“Saya geli juga sebenarnya tetapi di set penggambaran saya perlu menjiwai karakter diberikan dan saya tiada masalah mengenainya.

Zarif membawa watak sebagai Dr Fakhrul.

“Tetapi apabila pengarah kata ‘cut’, ada perasaan tak selesa namun saya sentiasa sematkan dalam kepala itu hanyalah sekadar lakonan dan bukannya realiti,” katanya kepada mStar.

Zarif memberitahu dia menerima tawaran memegang watak lelaki gay kerana percaya dengan pengarahnya iaitu Shahrulezad atau Budak Ijat.

Kata Zarif, walaupun berisiko namun dia yakin dengan hasil kerja Shahrulezad yang terkenal dengan karya sarat mesej berguna.

ARTIKEL BERKAITAN:Habis sekolah terus jadi pelakon, Zarif Ghazzi pasang niat sambung belajar

ARTIKEL BERKAITAN:Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan, Noorkhiriah minta sabar tunggu episod seterusnya

“Pertama sekali sebab saya berani ambil watak sedemikian (gay) adalah kerana pengarahnya adalah Budak Ijat.

“Kalau kita lihat drama-drama arahannya selalu membangkitkan isu yang ada dalam masyarakat tetapi penonton suka dan boleh terima.

“Walaupun agak risiko untuk saya terima tawaran ini tetapi saya yakin dengan abang Ijat. Insya-Allah boleh buat dengan baik,” ujarnya.

Zarif bersikap profesional dalam menjayakan watak Dr Fakhrul.

Membawa watak sebagai Fakhrul, Zarif bergandingan dengan Nazrief Nazri yang memegang peranan sebagai Dr Zahar.

Selain Zarif dan Nazrief, Seribu Tahun diterajui barisan pelakon popular termasuk Azhan Rani, Noorkhiriah, Emma Maembong, Laila Nasir, Didie Alias dan Ashraf Muslim.

Drama tersebut mula disiarkan sejak 5 Mac lalu di saluran Astro Ria pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top