RSS Suria

Zubir Khan bukan tak terima hakikat, cuma rindu dengan tangan sendiri

TINDAKAN Zubir Khan berkongsi foto memaparkan dia masih mempunyai kedua-dua belah tangan dianggap seolah-olah tidak menerima hakikat

Sebelum ini, perkongsian Zubir meraih perhatin ramai apabila dia memuat naik foto yang memaparkan dirinya mempunyai kedua belah tangan.

Reda dengan nasib tertulis, penyanyi Zubir Khan adakalanya berasa rindu dengan tangan kanannya yang putus sejak dia berusia empat tahun.

zk1

Zubir terharu sikap prihatin dari peminat.

Disebabkan perasaan itu juga Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 25, bertindak berkongsi foto suntingan dibuat peminat yang memperlihatkan kedua-dua tangannya.

Jelasnya dia bukan tidak menerima hakikat sebaliknya terharu dengan suntingan dilakukan peminat terhadap fotonya.

“Peminta saya baik hati nak sunting foto itu dan saya sangat berterima kasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan buktikan kekurangan diri bukan penghalang capai impian… Sujud syukur dua lagu masuk SFMM39

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagu berbahasa Tamil Zubir Khan mara ke SFMM39, hanya 10 karya berentap di AJL tahun depan

“Saya cuma rindu tangan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zubir memberitahu dia pernah bermimpi kedua-dua belah tangannya masih ada walapun sudah reda dengan keadaan fizikalnya.

Bagi Zubir, dia tidak melihat ia sebagai satu kesalahan merindui tangannya kerana ia pernah menjadi sebahagian daripada dirinya.

“Saya rindu, tak semestinya kita perlu rindu orang atau benda… tangan pun boleh,” ujarnya.

Sementara itu, Zubir memberitahu sebagai manusia biasa dia pernah berasa kecewa dan tidak dapat menerima hakikat dengan keadaan diri sendiri.

zk2

Zubir bersyukur dengan segala nikmat yang sudah dirasai ketika ini.

Bagaimanapun sejajar dengan peredaran masa, dia mula bersyukur dengan segala nikmat diberikan kepadanya walaupun mengalami kekurangan.

“Dulu pernah saya rasa tangan ini macam tak berguna sebab tak boleh buat apa, tapi sekarang sudah tiada perasaan itu lagi.

“Sebab saya boleh buat macam-macam bawa kereta dan motosikal cuma saya rasa rindu… Kalau ada saya tak bersyukur terpulang,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top