RSS Suria

Zubir Khan ‘sempurna’ walau ada kekurangan, pelik dituduh menipu tangan kudung

WALAUPUN sudah banyak kali menerangkan keadaan dirinya, penyanyi Zubir Khan ada rasa terkilan apabila masih ramai bertanya tentang kecacatan pada bahagian tangan kanannya.

Apa lebih membuatkan dia lebih kecewa, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, memberitahu ada pula menganggap dia menipu tentang kecacatan dialami demi secebis perhatian.

Kata Zubir, tanggapan dia menipu sebagai tidak logik kerana kecacatan dialami jelas dan minta netizen membuat kajian sebelum melontarkan tuduhan.

Copy of Untitled - 2024-06-18T133554.462

Zubir berkongsi perkara itu di sidang media meraikan kejayaan single OMK pada 13 Mei lalu.

“Kalau TikTok ini bila kamera depan lain, kamera belakang lain. Kadang-kadang tangan kiri jadi tangan kanan.

“Bila mereka tak faham mula ada bertanya soalan pelik-pelik. Takkanlah nak sampai bahu (kecacatan) baru orang nak tahu saya tiada tangan?

“Bagi saya boleh berfikir secara logik. Takkanlah dalam satu malam saya dah boleh ada tangan sebelah lagi,” katanya kepada mStar.

Sebagai seorang manusia biasa, Zubir tidak selesa apabila ditanya perkara sama berulang kali walaupun ia sudah dijelaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan pasang impian kembangkan karier di India, dulu tak ada orang nak ambil kerja sebab tiada tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat anak Melayu nyanyi lagu Tamil, Zubir Khan bangga dapat satukan rakyat Malaysia… Abai komen rasis

Jelasnya, dia juga tidak pernah menganggap dirinya mempunyai kekurangan malah tidak pernah menagih simpati sesiapa.

“Saya nak lupakan saya ada kekurangan. Saya boleh ikat tali kasut, pakai baju dan memandu tanpa bantuan orang lain.

“Semua benda saya buat sendiri sebab saya nak anggap diri saya sempurna.

“Tapi apabila ada orang tanya dan persoalkan, mereka buat saya teringat tentang kekurangan pada diri sendiri,” jelasnya.

Takkkan lah satu malam saya dah boleh ada tangan belah kanan.

ZUBIR KHAN

PENYANYI

Sementara itu, Zubir tidak lagi menyembunyikan kekurangan diri malam semakin terbuka berkongsi perkara itu dengan pengikutnya di media sosial.

“Dulu saya pakai beg untuk sorok tangan saya, mereka asyik tanya kenapa pakai beg. Akhirnya saya buka dan tunjuk tangan saya pada mereka.

“Kemudian ada pula yang bertanya kenapa tak pakai beg, macam mana boleh tiada tangan. Saya cuba terangkan kepada mereka dari A hingga Z,” jelasnya.

Zubir sebelum ini pernah memberitahu kecacatan itu berpunca daripada kemalangan apabila tangan kanannya termasuk ke dalam mesin kek ketika dia berusia empat tahun.

Copy of Untitled - 2024-06-18T133605.906

Zubir bangga lagu duetnya bersama Ezra diterima baik oleh pendengar.

Penyanyi mula mencuri perhatian ramai apabila berkebolehan menyanyi dan berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Antara lagu yang mengangkat namanya sebagai penyanyi termasuk Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu OMK (Oh My Khadle) bersama penyanyi Ezra Kairo.

Kini lagu OMK berjaya memperoleh 1.7 tontonan di YouTube dalam masa kurang dari sebulan dan menjadi trending nombor satu carta digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top