RSS Suria

Zul Ariffin ‘recommend’ nama, Sein Qudsi kembali berlakon selepas 13 tahun jadi pengarah

SELEPAS 13 tahun duduk di kerusi pengarah, Sein Qudsi akhirnya kembali berlakon menerusi filem Wantugo.

Sein atau Syed Hussein Syed Mustafa Al Qudsy, 42, berkata skrip yang menarik membuatkan dia teruja untuk kembali berlakon selepas sekian lama tidak berbuat demikian.

“Mulanya saya terkejut kerana penerbit Gayatri telefon saya sendiri selepas Zul Ariffin sarankan saya sertai filem ini.

Zul turut berlakon di dalam filem Wantugo.

“Tapi bila tahu cerita dan pengarahnya adalah Nuhanisham Muhammad, saya tertarik dan terus terima,” katanya kepada mStar.

Menurut Sein, sebelum ini dia mahu lebih fokus membina kerjaya sebagai seorang pengarah membuatkan dia berhenti berlakon seketika.

Namun kini dia sudah berpuas hati apabila karya-karya yang dihasilkan mula mendapat tempat di hati penonton.

“13 tahun tidak berlakon dan muncul di depan skrin kerana mahu lebih fokus kepada pengarahan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tangguh atau tidak tetap ada risiko!” – Tayangan filem ‘Bulan & Pria Terhebat’ diteruskan meskipun penularan Covid-19

ARTIKEL BERKIATAN:Siri seram Viu Original terbaru, HILANG akan buat penonton tak senang duduk

“Saya buat keputusan itu kerana nak bina kerjaya sebagai pengarah. Ahlhamulillah sekarang saya kembali selepas banyak karya saya hasilkan sudah terima ramai,” katanya lagi.

Berkongsi pengalamnya kembali berlakon, Sein memberitahu dia merupakan individu terakhir yang masuk ke set penggambaran.

Katanya pengalaman sebagai seorang pengarah membuatkan dia lebih mudah memahami kehendak penerbit.

“Tiada rasa janggal untuk kembali berlakon kerana pengalaman yang ada. Bila saya baca skrip saya boleh tahu apa yang dimahukan dari karakter saya sebagai Azam.

Antara babak yang terdapat di dalam filem Wantugo.

“Bukan nak kata mudah tapi secara semulajadi lebih senang nak menghayati,” ujarnya.

Wantugo merupakan sebuah filem survival thriller yang penuh dengan teka teki serta menguju psikologi dan moral.

Filem ini mengisahkan sekumpulan individu yang pergi ke taman tema terbiar dan bermain tiga pusingan permainan maut.

Selain Sein, Wantugo turut dibintangi, Elizabeth Tan, Daiyan Trisham, Meerqeen, Zul Ariffin dan Nia Atasha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top