RSS Suria

Zynakal kebal kena ‘face shaming’, setuju komen netizen tentang wajahnya… “Terima kasih ingatkan saya bukan Zayn Malik”

PENYANYI Zynakal tidak terasa hati apabila seorang individu mengeluarkan kenyataan berbentuk ‘face shaming’ terhadapnya di media sosial.

Sebaliknya Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 26, mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana komen ditinggalkan mengingatkan siapa dirinya yang sebenar.

“Jujur saya tak ambil hati sebab betul juga apa dia katakan. Terima kasih mengingatkan saya ialah Zynakal dan bukan Zayn Malik.

NP-234

Zynakal setuju dengan komen netizen tentang dirinya tiada rupa paras menawan.

“Perkara itu tidak jadi masalah sebab saya bersyukur saya berada dalam bidang muzik, kalau bidang lakonan imej penting memandangkan wajah keluar televisyen.

“Muzik orang lebih cenderung mendengar suara berbanding wajah. Saya tak marah sebab apa dia katakan itu memang betul,” katanya kepada mStar.

Zynakal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Futureland Festival di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Berkongsi lanjut, Zynakal berkata, netizen ada hak menyuarakan pendapat mereka tentang penampilan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal tahan sakit, tak sanggup jahit luka di lutut… “Ini kemalangan kali kedua, cedera bahagian sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal terlibat kemalangan jalan raya, punca kereta masuk simpang tak bagi signal

Tambah penyanyi lagu Sendiri itu, dia sudah terbiasa dengan komen ‘face shaming’ sehingga sudah tidak terasa apabila ada netizen mengutuknya.

“Saya tak kisah, zaman sekarang netizen ada hak bersuara jadi biarlah apa mereka nak kata.

“Tambah pula saya dah pernah dengar parkara sama sejak dulu, jadi sekarang saya cuma anggap ia sekadar pendapat,” jelasnya.

NP-235

Zynakal antara artis yang terlibat untuk Futureland Festival.

Sebelum ini, Zynakal menerima komen daripada seorang pengguna Instagram menyatakan penyanyi itu tiada rupa tetapi mempunyai suara dan lagu yang hebat.

Dalam perkembangan lain, Zynakal antara artis yang bakal membuat persembahan untuk konsert Futureland Festival di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 23 November depan.

Selain Zynakal, antara penyanyi lain yang turut terlibat ialah Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee dan ramai lagi.

Tiket Futureland Festival boleh dibeli menerusi laman sesawang TicketMelon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top